Saturday 28 April 2012


Assalamualaikum

Bertudung hitam. Berbaju pinky kepunyaan sekolah jer . *heheh* Senyuman saya menampakkan muka itu ikhlas untuk nilai persahabatan yang tidak pernah putus. Itu saya di tengah (:
Nilai persahabatan yang penuh keikhlasan, kejujuran. Itu yang saya mahu, sepanjang masa dan perlu diingati sentiasa.


Dan saya tidak mahu sahabat saya seperti ini...

Manusia hanya memandang terhadap dirinya sendiri, itu kau. Manusia seperti kau tiada perasaan belas kasihan, tiada. Tiada langsung perasaan kasih sayang antara kita. Hasad dengki semakin menebal mungkin. Menjadikan diri sendiri dibenci oleh semua orang, itu kau. Kau mencari masalah dan sekarang kau merancang sesuatu yang kami mungkin tahu.

Aku tak percaya. Aku masih tidak percaya yang kau bersifat sungguh keji. Sanggup kau mencari maut untuk sahabat sendiri. Sanggup kau jatuhkan kami. Sanggup kau menikam kami. Mana pergi perasaan kau ? Mana pergi nilai kasih sayang kau ? Dunia akhir zamankah ini ? Semua perkataan yang keluar dari mulut kau adalah racun. Bertopengkan manusia. Hippokrit.
Tapi segalanya adalah mungkin, tiada yang pasti perkara yang tidak disangka itu berpunca dari kau. Aku tidak menuduh, tetapi aku tahu dan semua tahu apa yang kau sudah lakukan.

Aku kau sama. Kita sama, kita manusia, kita hamba Dia. Aku tidak layak bersuara menyalahkan kau atau sesiapa. Aku juga punya dosa. Aku tidak sempurna. Semua, dan setiap orang punya kesalahan.
Kita sahabat, kita juga keluarga. Sama sama berusaha dan sama sama berjaya. Aku tidak mahu berjaya seorang diri seperti apa yang kau impikan. Tidak sama sekali. Aku sayangkan sahabat aku.

No comments:

Post a Comment